Nombor banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Menurut kaedah Sains Metafizik Numerologi Nombor 6 (enam) ialah nombor getaran yang mewakili WANG (rezeki). Bagi masyarakat kaum Cina pula mereka amat percaya nombor 8 (lapan) dikaitkan dengan kekayaan dan membawa 'ONG' (tuah) kepada mereka. Sepanjang kita tempuhi perjalanan hidup ini mungkin ada tersirat seribu kisah yang ada kaitan dengan pelbagai nombor ... samada ianya tarikh, bulan & tahun kelahiran, nombor sijil, nombor kad pengenalan, nombor akaun, nombor kediaman, nombor plat, nombor talipon dan apa saja yang berkait rapat dengan bilangan nombor ... tidak terkecuali juga nombor papantanda had kelajuan di lebuhraya yang perlu diberi perhatian. Walau apa pun jua fakta, makna dan kenangan disebalik nombor-nombor itu yang mungkin menjadi koleksi istimewa, sebagai pencinta nombor ENAM dan 60 maka diruang ini saya terpanggil untuk melakar PESONA60 ini menjadi tapak perkongsian ilmiah & cerita untuk direnungi bersama biarlah ia menjadi simbol siratulrahim kita.
1961 adalah tahun yang boleh diterbalikkan tetapi akan menjadi nombor yang sama. Angka tahun seterusnya yang boleh diterbalikkan selepas ini adalah 6009.
No comments:
Post a Comment